Apa khabar semua pelawat laman KU News. Semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya.. Terima kasih kami ucapkan kepada anda semua kerana sudi menjenguk laman KU News ini. Dengan wajah yang baru dan intipati yang baru diharap boleh memberi anda semua infomasi dan juga maklumat yang tepat untuk rujukan dan juga pengetahuan anda.
Apa yang kami harapkan sebagai Skuad Pena UNITI ialah agar apa yang kami tulis dan juga cuba sampaikan dapat sampai ke setiap orang pelajar dan juga warga UNITI yang budiman sekalian. Setiap bentuk penulisan dan juga hasil karangan yang dipaparkan di sini telah di semak dan juga di tapis oleh lembaga penapisan maklumat SPU terlebih dahulu sebelum dipapar dan diterbitkan disini. Sekiranya hasil penulisan kami masih lagi menyinggung dan memberi impak yang buruk terhadap individu atau golongan tertentu diharap dapat dimaklumkan kepada kami dengan kadar yang segera. Kami di SPU cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh soal-soal peribadi dan juga sensitiviti seseorang individu mahupun golongan tertentu. Sekiranya ianya terjadi kami memohon maaf yang teramat sangat.
Laman ini diterbitkan bagi menjadi platform untuk para pelajar Kolej UNITI untuk mendapatkan berita-berita dan juga infomasi tentang apa yang terjadi disekeliling mereka. Sekiranya anda ada sesuatu yang ingin dikongsikan bolehlah menghantarkannya kepada kami di skuadpenauniti@gmail.com. Segala komen dan juga pendapat daripada anda samaada negatif atau positif akan kami terima dengan hati yang terbuka. Semoga komen dan pendapat anda dapat membantu kami dalam menjadi penyampai berita dan infomasi yang baik dan kami ucapkan ribuan terima kasih.
Diharap anda dapat memberi sokongan kepada kami dari hari ini sampai bila-bila. Terima kasih.
-Skuad Pena UNITI Admin-
1 comments:
i LIKE, i LIKE.. i LIKE gosip..hahaha
Post a Comment