Apa khabar semua?? Ni la ruangan baru dalam blog SPU ini. One Moment With Mr. Talk More. Lepas ni selalu selalu la bukak blog ni ye.. Kali ni MTM akan bercakap mengenai musim peperiksaan di Kolej Kita ni.
Bermula 25 April 2011 yang lalu para pelajar Kolej UNITI mula menghadapi peperiksaan akhir semster bagi semester januari-mei 2011 kali ini setelah bercuti untuk minggu ulangkaji selama hampir 10 hari. Setelah selesai menghadapi ujian pertama ataupun sesetengahnya mengambil ujian pertengahan semester kini tiba lah masanya untuk mereka menghadapi peperiksaan akhir pula.
Bagi minggu peperiksaan akhir ini la kita dapat lihat betapa para pelajar akan bertungkus lumus untuk menghafal dan mengingati semua yang telah diajarkan oleh pensyarah yang berwibawa di Kolej UNITI ini. Dari situ la kebanyakkan kita akan belajar "last minutes". Masa ni la kita akan tercari-cari nota-nota dan buku-buku lama yang entah mana di campak pun tak tau.. Tapi itulah kebiasaan para pelajar diserata dunia, bukan saja di Kolej UNITI kita yang permai ni.
Walau apa pun yang penting kita masing-masing dapat mencapau target atau sasaran kita untuk semester kali ni. Bagi mereka yang dah pun nak menamatkan pengajian mereka di Kolej UNITI kami di SPU mengucapkan semoga anda semua berjaya mengcapai sasaran dan kejayaan yang diimpikan selama ini dan pada yang akan menyambung pengajian di Intitusi pengajian yang lebih baik selepas ini supaya janganlah anda semua melupakan Kolej yang begitu indah ini. Kenanglah kenangan dan saat anda disini, pasti satu hari nanti anda akan merindui Kolej UNITI ini.
Setakat ini saja ruangan Mr. Talk More kali ini. Mr. Talk More dan SPU mengucapkan selamat menjawab peperiksaan akhir dan selamat berjaya pada semua pelajar Kolej UNITI. "Good Luck Everyone"
Mr. Talk More